Dengan Teknologi EM
Monday, April 20, 2009
Dengan Teknologi EM
Posted by Keliemas-Enterprise at 1:03 PM 0 comments Links to this post
Friday, April 17, 2009
Perjalan Ikan Keli
Oleh yang demikian yang berjaya saya ucapkan syabas dan yang gagal tak mestinya gagal buat kali terakhir. Saya juga cukup marahkan syarikat-2 yang tidak bertanggung jawab dan menipu orang. Kerana syarikat-2 inilah yang telah banyak membebankan para penternak.
Bagi yang tinggal di kawasan Melaka saya akan membantu para penternak untuk masa yang terdekat ini untuk mengadakan pasaran tetapi kita kena saling bantu membantu. Mesti di dalam satu kumpulan barulah kita kuat. Pepatah mengatakan kalau lidi penyapu sebatang senang dipatahkan kalau serumpun tidak boleh nak dipatahkan.
Kami akan pasarkan produk kami dalam bulan Julai 2009. Ikan keli bermacam perasa, orang beli balik terus goreng.
Untuk produk kami ini, perkara petama yang dititik beratkan adalah kualiti ikan. Ikan tang makan perut ayam, ayam mati dan benda yang tidak halal tidak kami ambil. Kebiasaan ikan yang makan perut ayam, perut ikan akan lembik dan mempunyai kurang protin. Oleh sebab itu kami cuma mengambil pada orang yang membela di dalam kolam kanvas.
Kepada para penternak, semua orang yang berkaitan telah disetkan di dalam minda bahawa kalau keli kanvas dijual di bawah harga RM5 sekilo tidak untung. Diorang dah bela ke. Di sini saya nak membuka minda setiap orang yang membaca bahawa dengan harga borong RM3-RM3.50 pun boleh kita
rasai apa yang dipanggil untung. Kerana....... sekarang dengan sistem cara bagi makan yang ada ikan, boleh cepat besar. Lagipun untuk membuat produk kami gunapakai ikan yang dua(2) bulan saja. Jadi disini kos makanan ikan sudah berkurangan.
Orang yang kata RM5 takde untung, bukan nak mencari jalan penyelesaian tetapi .............!!!!
Jadi ayuh kita bersatu mengujudkan satu kumpulan yang boleh membanggakan orang RM5 tu. Saya dah menkaji kalu saya buat sorang memang tak daya sebab bekalan ikan dan senag orang nak patahkan saya. Kalau ramai? Renung-2kan lah.
Posted by Keliemas-Enterprise at 4:02 PM 1 comments Links to this post
Labels: berita
Monday, March 30, 2009
SET PEMBENIHAN IKAN KELI DAN PUYU
kini menawarkan pakej2 menarik Untuk Pembenihan
Ikan Keli & Puyu:
A. Set Pembenihan Ikan Puyu – RM160.00 + RM5 kos penghantaran
1. Hormon Overprim - 1
2. Jarum Suntikan - 2
3. DVD Nota Pembenihan Puyu- 1
4. Nota lengkap cara-cara asuhan benih-1
B. Set Pembenihan Ikan Keli – RM 180.00 RM5 kos penghantaran
1. Hormon Overprim - 1
2. Jarum Suntikan - 2
3. Gunting pembedahan / Pisau pembedahan- 1
4. Bulu Ayam - 2
5. Kain Kasa - 1 packet
6. DVD Nota Pembenihan Keli - 1
C. Atas permintaan (side order) + RM5.00 kos penghantaran
1. PH Test - RM 30.00
2. Ammonia test - RM 40.00
3. DVD Cara -2 Pembenihan Ikan Keli -RM10
D. EM - EMAS (mikro organisma)
HARGA RUNTUH!!!!
1. 1 liter - RM 3.50 sahaja (untuk 10 pelanggan PERTAMA)
2. 1 liter - RM 4.00 sahaja (untuk 30 pelanggan KEDUA)
3. 1 liter - RM 4.50 sahaja (untuk 50 pelanggan seterusnya )
4. EM 1 - RM 35.00 (belum aktif)
** Ambil sendiri
E. Kanvas
1. Kanvas 16x7x3 (1 kolam)
RM 350/= (AMBIL SENDIRI)
F. Overprim
RM 80.00
Segala Pembayaran boleh di buat :
Bank : Agro Bank Bhd.
Nama : Keliemas Enterprise
No. Akaun : 1-00-5601-00004638-8
Untuk keterangan lanjut & tempahan
Sila Hubungi:
En. Farid : 017-6091009
Pn. Aini : 014-6669727
Posted by Keliemas-Enterprise at 11:22 AM 0 comments Links to this post
Labels: Harga Runtuh EM EMAS
Wednesday, March 4, 2009
Melaka Hari Ini
Sasarkan 400 Penternak Keli Berjaya
Mohd Farid Berazam Jadi 'Saudagar Keli'
Mohd Farid dari Kampung Umbai, memberitahu sebaik melangsungkan perkahwinan dengan Noraini Abdullah, dia mencuba merasai ikan yang diternak bapa mertuanya dan tidak menyangka rasanya sungguh enak.
"Dari situlah saya mula minat terhadap ikan keli dan mempelajarinya daripada bapa mertua," katanya pemuda berasal dari Muar, Johor itu yang kini cuba merancang untuk berhenti kerja menumpukan sepenuhnya bidang berkenaan.
Mohd Farid berkata, setelah melakukannya secara kecil-kecil kini sudah sampai masanya dia mengorak langkah lebih jauh dalam penternakan keli dengan meninjau peluang yang diyakini terbuka luas.
"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta setelah tamat belajar di Institut Kemahiran Mara (IKM) dalam bidang Fabrikasi Logam dan tidak sangka bidang penternakkan menambat hati saya.
"Semangat yang berkobar-kobar untuk memajukan diri dalam bidang ini setelah mengikuti kursus selama lima hari empat malam dalam bidang penternakan dan pembenihan ikan keli anjuran AgroBank pada Mac tahun lalu.
"Sebelum itu, saya langsung tidak tahu dan melakukan penternakan sekadar ikut-ikut apa yang bapa mertua buat sebelum ini," katanya.
Menurutnya, empat bulan setelah itu, dia membuat pendaftaran syarikat yang dinamakan Kliemas Enterprise yang menumpukan selain bidang penternakan ikan keli malah kursus-kursus penternakan ikan berkenaan.
"Setakat ini terdapat lebih 10,000 ekor ikan keli yang saya ternak dalam beberapa kolam simen di perkarangan rumah saya di sini.
Setakatnya, menurutnya, hasil yang dipasarkan di kawasan persekitaran termasuk di beberapa buah restoran nyata tidak mencukupi.
"Untuk itu saya juga merancang untuk membesarkan lagi bidang ini dengan melakukan penambahan kolam simen, politank dan kanvas.
"Keistimewaan ternakan saya ialah diberikan makanan yang baik berasaskan hampas kacang soya, minyak dan sisa ikan yang diproses. Selain itu, kita turut menggunakan dedak padi, barli dan gandum sebagai sumber kabohidrat," katanya.
Menurut Mohd Farid, bagi memastikan ikan dan kolam lebih bersih dia menggunakan sejenis bahan berasaskan bakteria iaitu 'effective micro organisme' (EM) bagi merawat air kolam.
"Ikan yang menggunakan bahan makanan berkenaan lebih kaya dengan Omega 3 dan mengikut kajian ianya lebih baik daripada ikan salmon.
"Biasanya ikan yang diternak dengan makanan jenis ini harganya lebih mahal sedikit daripada penternakan menggunakan perut ayam dan ayam mati.
Katanya, pasaran borong ikan keli sekarang sekitar RM3.50 hingga RM4.00 dan dijual pada harga kira-kira RM6 sekilogram.
Dia berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar apabila syarikat miliknya dilantik Koperasi Usahawan Keli Muar Berhad (KUKMB) sebagai agen bagi memberi bimbingan kepada bakal-bakal usahawan ikan keli.
"Kini kami membantu KUKMB untuk melahirkan kira-kira 400 penternak ikan keli seluruh negara bagi menjayakan industri produk makanan berasas ikan itu yang bakal dipasarkan seluruh negara," katanya.
Beliau memberitahu, setakat ini, sudah lebih 200 penternak mendapat sentuhan daripada pihaknya sehingga mendatangkan pulangan hasil yang lumayan.
KUKMB juga katanya berhasrat mahu mengwujudkan satu rangkaian pengusaha keli di bawah bimbingannya dan sebagai langkah persediaan perlu menyediakan bahan mentah mencukupi selaras dengan permintaan.
"Kita berhasrat mahu menghasilkan pelbagai jenis produk makanan berasaskan ikan keli seperti bebola ikan, ikan beku dan serunding ikan. Semuanya dijangka bakal mendapat pasaran yang tinggi.
Jabatan Perikanan sendiri katanya, menggalakkan masyarakat negara ini memakan ikan darat sebagai sumber protein alternatif menjelang tahun 2010 nanti.
"Bagi yang berminat sebenarnya modalnya amat fleksibel. Jika modal kecil kita boleh lakukan secara kecil-kecilan namun jika besar, besarlah kolam kita.
"Kerajaan sendiri menerusi Jabatan Perikanan mengeluarkan insentif untuk setiap kilogram yang diternakkan dan kini ia menawarkan sebanyak 57 sen setiap kilogram yang dipasarkan bagi ikan keli," katanya.
http://www.melakahariini.com.my/lamanutama27feb09.html
Posted by Keliemas-Enterprise at 12:14 PM 0 comments Links to this post
Labels: Akhbar, Penternak Keli