Friday, April 17, 2009

Perjalan Ikan Keli

Salam, kepada para pembaca blog ini dan terimakasih kerana sudi melawat blog ini. Dinihari kita telahpun mendengar banyak cerita mengenai ikan keli. Ada yang sudahpun berjaya, yang gagal kerana pasaran, yang gagal kerana kurang ilmu dan yang gagal kerana ditipu.

Oleh yang demikian yang berjaya saya ucapkan syabas dan yang gagal tak mestinya gagal buat kali terakhir. Saya juga cukup marahkan syarikat-2 yang tidak bertanggung jawab dan menipu orang. Kerana syarikat-2 inilah yang telah banyak membebankan para penternak.

Bagi yang tinggal di kawasan Melaka saya akan membantu para penternak untuk masa yang terdekat ini untuk mengadakan pasaran tetapi kita kena saling bantu membantu. Mesti di dalam satu kumpulan barulah kita kuat. Pepatah mengatakan kalau lidi penyapu sebatang senang dipatahkan kalau serumpun tidak boleh nak dipatahkan.

Kami akan pasarkan produk kami dalam bulan Julai 2009. Ikan keli bermacam perasa, orang beli balik terus goreng.


Untuk produk kami ini, perkara petama yang dititik beratkan adalah kualiti ikan. Ikan tang makan perut ayam, ayam mati dan benda yang tidak halal tidak kami ambil. Kebiasaan ikan yang makan perut ayam, perut ikan akan lembik dan mempunyai kurang protin. Oleh sebab itu kami cuma mengambil pada orang yang membela di dalam kolam kanvas.

Kepada para penternak, semua orang yang berkaitan telah disetkan di dalam minda bahawa kalau keli kanvas dijual di bawah harga RM5 sekilo tidak untung. Diorang dah bela ke. Di sini saya nak membuka minda setiap orang yang membaca bahawa dengan harga borong RM3-RM3.50 pun boleh kita
rasai apa yang dipanggil untung. Kerana....... sekarang dengan sistem cara bagi makan yang ada ikan, boleh cepat besar. Lagipun untuk membuat produk kami gunapakai ikan yang dua(2) bulan saja. Jadi disini kos makanan ikan sudah berkurangan.

Orang yang kata RM5 takde untung, bukan nak mencari jalan penyelesaian tetapi .............!!!!

Jadi ayuh kita bersatu mengujudkan satu kumpulan yang boleh membanggakan orang RM5 tu. Saya dah menkaji kalu saya buat sorang memang tak daya sebab bekalan ikan dan senag orang nak patahkan saya. Kalau ramai? Renung-2kan lah.

1 comments:

9pintuemas said...

Satu idea yang menarik, keropok lekor keli.. teruskan idea ini.. moga terus maju...